Sunday, April 20, 2008

Perlu Kerr Mcm Ni?

Ibu pernah pesan pada aku supaya sentiasa merendah diri agar orang lain menghormati…

Hmm,ini sebuah kisah tentang seorang teman yang baru-baru ini telah melangsungkan pertunangannya dengan jejaka idaman yang bukan calang-calang orangnya; seorang pegawai askar. Kawan aku ni bukanlah dalam senarai ‘Kawan-kawan Terbaik’ dalam diari sahabat aku tetapi memandangkan ayahnya yang masih berkhidmat di dalam askar ialah teman ayahku maka aku pun pergilah ke majlis pertunangan tersebut. Ayah dan ibunya sangat peramah dan sentiasa merendah diri tetapi lain benar dengan perangai kawan aku yang sorang ni. Suka sangat bangga akan diri sendiri….

Selepas jer majlis pertunangan selesai, aku dipanggil oleh kawan ku ini untuk berbual dengannya di dalam bilik setelah agak lama juga tidak berjumpa.

“You kerja apa sekarang ni, Nis?”

“Tak kerja. Sambung belajar….”jawabku malas sambil membelek-belek album gambar dia dan tunangnya.

“You jgn fikir study jerr…fikir lah masa depan sikit. You study banyak mana pun nanti terperap gak kat dapur. I ni nasib baik lah si Anu pinang I, kerja dia pun stabil dan I tak payah susah-susah nak belajar ke, apa ke…duduk rumah jerr…”

“Oklah tu. Dah sampai masanya you kawin. Allah dah tetapkan jodoh you lebih awal. I lak maybe ini rezeki I,belajar dulu..”nak tergeliat lidah aku ber’I’ dan ber’you’ tapi kawanku ni memang begini…layan jelah.

“You yang tak pandai nak melawa, pakai cantik-cantik…Jodoh tak datang kalau kita tak usaha. Eh, you ada dengar pasal ayah I tak?”

“Pasal apa?”soalku kembali.

“Ala, pasal ayah I nak dapat anugerah A.M.N nanti. Orang cakap kalau dapat A.M.N kena panggil Datuk. Tulah, ayah you pencen awal mesti dapat pegang Leftenan Kolonel sekarang ni. Takpun mesti dapat A.M.N sekarang ni”

Seterusnya dia banyak melontarkan kata-kata yang berupa hinaan kepadaku dan aku tak banyak persoalkan apa yang diperkatakan olehnya sebab padaku ia tak penting dan selagi ia bukan menghina dan mencaci dengan lebih teruk aku tak kisah. Dari kisah ayah aku hinggalah kisah aku yang tak pandai melawa dan nak paksa-paksa aku kuruskan badan.

Allah tu Maha Berkuasa….nak dijadikan cerita semalam dia dan family dia datang ke rumah untuk makan-makan. Seperti tetamu yang lainnya, aku layan penuh dengan rasa hormat sebab percaya tetamu itu membawa seribu kebaikan walaupun dulu dia pernah kutuk-kutuk aku. Entah macam mana, dalam dok seronok borak-borak ayah dia minta nak tengok pingat A.M.N yang ayah aku terima dulu. Aku dapat rasakan mukanya berkerut-kerut penuh dengan tanda tanya yang menunggu nak dimuntahkan. Mungkin dia tak berpuas hati maka dengan selamba dia bertanya, “Bila masa uncle dapat pingat A.M.N ni?”

“3 tahun lepas.”

Moral of the story: Jgn lah menilai seseorang dari luaran. Mungkin aku dan family tidak segaya orang lain, tak pakai baju yang mewah-mewah dan tak pakai Mercedes-Benz tapi kami cuba hidup bahagia seadanya……

Wednesday, April 16, 2008

Transexual


Mesti ada di antara korng tertanya-tanya apa itu transexual. Dalam bahasa melayu nya pertukaran jantina. Seorang hamba ALLAH yang aku kenalkan sebagai Ms S (bkn nama sebenar) merupakan sahabat aku yg agak rapat gak ketika aku menuntut di politeknik dulu. Dia mengalami krisis identiti dan aku tak pasti bila ia wujud dalam diri nya. aku menerima dia seadanya kerana berpendapat dia seorang kawan yang sgt jujur walaupun dia suka org2 sekeliling menggelarnya 'perempuan'....

Baru-baru ni, aku contact Ms S sebab dah lama tak dengar citer pasal dia. Untuk pengetahuan korang, dia ni memang sangat sempurna jadi perempuan. kulitnya yang lembut mcm kulit baby baru lahir, orangnya tinggi dan ramping, kulit putih melepak, sgt manis orgnya (malas nak puji dpn Ms S nanti dia perasan). ketika menghubungi dia, dia masih seperti dulu peramah dan kelakar lagi.

"Mak sekarang sihat....tapi tension dan geram sebab gambar aku 'drag' dah terlepas kat sape-sape ntah,"luahnya yang kadang-kadang ber'aku' dengan aku, kadang-kadang ber'mak'.
"Nape leh macam tu?Tak takut ke kena panggil dengan pihak uni kalau diaorang tahu?"soal aku yang concern dalam nada tenang tapi dalam hati tertanya-tanya nape jadi macam ni?
"Ntahlah,aku pun tak tau. Sekarang ni aku dah drag tapi bukan kat kelas kalau kat luar lah. Ituhari keluar dengan boyfriend aku pakai baju kurung jumpa mak dia. Terkemut-kemut aku nak jawab soalan mak dia sebab takut terkeluar suara jantan."

?????....dah ada boyfriend rupanya...Aku cuba melayan ceritanya dari soal kecantikan sampailah soal boyfriend baru dia. Sayangnya dia terlalu jauh nak ku ajak ke pangkal jalan. Bagi aku, dia berubah macam mana pun dia tetap Ms S yang aku kenal kat poli dulu. perlahan-lahan kata-kata sinis pernah aku tujukan walaupun tak berkesan tapi dia pernah terfikir untuk berubah tapi keadaan sekeliling yang banyak menjadikannya semakin yakin untuk jadi perempuan....

Monday, April 14, 2008

Branded Ke???

Sblm ni aku ader post gambar2 latest Carlo Rino, Bonia, Gucci punya barang...and si ~me~ wat komen sume tu aku nak pakai untuk sem depan...uikkk...macam mana tau ni?Ala,geram tau dok fikir orang lain punya 'kata2' pasal kita. Kalau mampu dan tak membazir, apa salahnya?Kadang2 tu tak semua barang2 branded ni kita mampu beli kan?Ah,pedulilah apa org nak kata asalkan kita tak merompak....sudah...

Dah lama rasanya tak rasa duduk kat kerusi hostel ni.....yelah,cuti study week yang tak berapa nak study sgt. Dan inilah hostel yg berani halau aku kuar hahahaha......Memang bengang dengan statement asrama nak dipenuhkan dgn pelajar baru jerrr....Tak fikir ke tentang perasaan senior yang tak mahu nak blah ni????Lebih-lebih lagi perempuan macam kita ni yang memang utamakan keselamatan....Kalau dok luar tu faham-fahamlah.....

Harap semester ini aku dapat buat yang lebih baik lagi.....

Thursday, April 3, 2008

Carlo Rino 2008

Big Bags: Models with Carlo Rino’s signature monogram prints.

Gucci 2007





Bonia Diana

Wednesday, April 2, 2008

Rumah Siti

Siti Bertudung

Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi

Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi

Oleh Akmal Abdullah


JADI PILIHAN: Mawi ceria bersama trofi Bintang Paling Popular dan Penyanyi Lelaki Popular yang dimenanginya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi mencipta hatrik apabila sekali lagi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Mawi, 26, yang meraih 119,268 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi kali ini merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu bagi anugerah tertinggi itu.


Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi.

Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, juga kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.

Trofi Bintang Paling Popular 2007 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Majlis gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan yang berlangsung semalam lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniman M Nasir sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya dalam bidang muzik dan perfileman sepanjang pembabitannya sebagai anak seni selama lebih tiga dekad.

Sementara itu, juruhebah radio Hot FM yang juga pengacara rancangan Melodi TV3, Fara Fauzana mencipta kejutan apabila meraih dua kemenangan sekali gus iaitu masing-masing bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Siti Nurhaliza berjaya mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-11 berturut-turut apabila menang gelaran itu selepas mengetepikan Jaclyn Victor, Mila, Misha Omar dan Adibah Noor.

Beliau mempertahankan gelarannya sejak ABPBH 1997.

Fasha Sandha dan Rusdi Ramli membuat kejutan apabila masing-masing terpilih sebagai pemenang Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Fasha mengetepikan saingan terdekatnya, Maya Karin selain Erra Fazira, Vanidah Imran dan Sharifah Amani.

Rusdi yang menang buat kali pertama kategori itu mengetepikan pemenang tahun lalu, Saiful Apek, selain Rosyam Nor, Afdlin Shauki dan Pierre Andre.

Bagaimanapun, Fasha gagal mempertahankan gelaran Pelakon TV Wanita Popular apabila trofi kategori itu dimenangi muka baru, Dynaz yang truut mengetepikan Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan Eja.

Saiful Apek mempertahankan kejayaan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular, manakala kategori Artis Komedi Wanita Popular terus dipertahankan Sheila Rusly.

Rosyam Nor berjaya mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular apabila dengan mudah menyingkirkan empat saingannya di peringkat akhir iaitu Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Datuk Jalaludin Hassan dan Arash Mohamad.

Kumpulan Rabbani turut mengekalkan reputasinya apabila meraih kemenangan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular buat tahun keenam berturut-turut, manakala bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing dimenangi bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi dan Mila.

Faizal Ismail merampas trofi Penyampai Radio Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi Halim Othman. Nama Halim tidak tersenarai dalam pertandingan kali ini.

Kumpulan Sofaz menang kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular, manakala Aznil mempertahankan buat kali keempat kategori Pengacara TV Lelaki Popular.

ABPBH 2007 ialah edisi ke-21 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan penganugerahan berdasarkan undian peminat untuk artis dan selebriti yang terbabit dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Lebih 400,000 borang diterima penganjur dalam kempen undian musim ini.

(sumbangan artikel dari berita harian)

'Memang dia pujaan hati'

'Memang dia pujaan hati'

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad


TIADA RAHSIA: Reaksi Ikin dan Mawi sewaktu soal jawab dengan wartawan.

Pengakuan Mawi melegakan Ekin sekali gus mengesahkan status hubungan mereka

KETIKA hendak berucap selepas menerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007), Mawi dengan nada bersahaja meminta Fauziah Datuk Ahmad Daud mewakilkan dirinya mengucapkan terima kasih kepada Ikin, kerana menjadi antara orang penting di belakang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya serahkan kepada akak (Ogy) mewakili saja...” kata Mawi menjawab usikan Ogy dan Raja Azura kenapa nama Ikin tidak ada dalam senarai untuk disebut ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.


Memang Mawi kelihatan malu-malu untuk menyebut nama Ikin secara terbuka dalam sebuah majlis yang disiarkan secara langsung oleh TV3 ini. Realitinya, dalam majlis minum petang di Genting Highlands juga, beberapa jam sebelum acara kemuncak ABPBH 2007 berlangsung, penyanyi itu mengaku Ekin ialah wanita istimewa yang bertakhta di sanubarinya.

Kata Mawi, dia menyukai Ikin kerana perangainya yang ‘gila-gila’, sikapnya yang matang serta keserasian mereka sebagai teman.

Pengakuan itu akhirnya memuktamadkan hubungan antara Mawi dengan Ikin. Ikin yang hadir sama di majlis ini, berkata, dia tidak pernah menafikan atau mengesahkan kepada mana-mana wartawan setiap kali ditanya mengenai corak hubungan mereka.



“Saya ini perempuan. Takkan saya pula yang ke sana sini menjual cerita. Lebih baik saja saya mengikut arus semasa dan saya percaya, adalah lebih baik jika pengumuman itu datang dengan sendirinya. Kami pula memang berkawan rapat, tetapi tidak pula menyatakan perasaan sebenar masing-masing. Namun, dalam hati, kita dapat merasainya juga,” katanya.

Bagaimanapun, Ikin menghela nafas lega apabila Mawi membuat keputusan menamatkan tanda tanya mengenai siapakah kekasihnya ketika majlis minum petang itu. Ikin menyambutnya dengan hati yang tenang dan terbuka.

Namun begitu masih ada gosip mengatakan yang Ikin sudah menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal. Biar betul? Menafikan gosip itu, Ikin memberitahu yang semuanya dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme.

“Alhamdulillah, Ikin lega dengan pengakuan Mawi. Selepas ini orang lain tidak lagi akan tertanya-tanya tentang perihal hubungan kami. Tak tahulah lepas ini kami akan terus difitnah atau tidak. Terperanjat juga Ikin apabila Mawi membuat pengakuan yang Ikin istimewa di hatinya. Masa itu, Ikin buat relaks saja, padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu gejolak perasaan Ikin.

“Ikin pun tidak tahu, kenapa tiba-tiba Mawi tergerak hati untuk berbuat sedemikian. Mungkin juga sebelum ini Mawi belum bersedia untuk merungkaikan segalanya. Mungkin juga Mawi berasakan inilah detiknya untuk dia berterus-terang sekaligus menamatkan spekulasi yang melanda. Mungkin juga Mawi penat untuk berdepan dengan gosip cintanya.

“Mengenai kisah tempah baju kahwin daripada pereka fesyen terkenal, itu semua tidak betul. Sebenarnya, Ikin akan terbabit dengan pertunjukan menggayakan pakaian rekaan pereka itu pada pada 18 April ini, yang turut membabitkan deretan nama selebriti. Ikin salah seorang daripada mereka. Mungkin bila orang nampak Ikin pergi ‘fitting’ baju kahwin untuk pertunjukan itu disangkanya menempah baju kahwin,’’ ungkap Ikin yang berbangga dengan kejayaan Mawi sebagai Bintang Paling Popular 2007 buat kali ketiga.

Mendasari hati Ikin, dia memang begitu gembira melayari kehidupannya bersama Mawi atas sebuah paksi cinta. Apakah ini akan menyaksikan terbinanya ikatan murni melalui perkahwinan tidak lama lagi di antara mereka? Tegas Ikin lagi, siapalah yang tak nak kahwin di usia Ikin yang akan mencecah 29 tahun menjelang 5 November ini.

“Siapa yang tak nak kahwin? Semestinya Ikin nak kahwin, cuma buat masa sekarang Ikin tak berani untuk bercakap lebih bimbang dikata cuba meraih publisiti murahan. Kita hanya merancang. Insya-Allah bila benda dah jadi dan pasti, Ikin akan ringan mulut memberitahu rencana selanjutnya.

“Ikin hanya ikut rentak dalam sesebuah perhubungan. Ada jodoh dengan Mawi, Ikin pasti hebahkan. Ikin sedar kalau buat benda baik pun, orang mengata, begitulah sebaliknya. Ikin redha. Setakat ini memang Ikin boleh cakap memang tak ada mana-mana rombongan yang akan datang merisik,’’ kata Ikin yang mengakui cincin sedondon tersarung di jari manis Mawi, ialah pemberiannya sebagai tanda ‘’persahabatan’’. Ikin juga memiliki cincin yang sedondon dengan Mawi.

Tidak menafikan yang hubungannya dengan Mawi semakin mekar bahagia, Ikin rela menerima suratan takdir andai suatu hari nanti jodoh menyatukannya dengan Mawi. Mengenali adik-beradik kembar ini, hanya maut dan perkahwinan yang mungkin dapat memisahkan keakraban dan hubungan mereka. Sambil mengusik, Ikin tak nak melangkah bendul kakak kembarnya, Aenn. Begitulah sebaliknya.

“Ikin mahupun Mawi tiada masalah dalam hubungan cinta. Pernah Ikin ditanya, bila Ikin dan Mawi berjumpa? Kami keluar bukan berdua sebaliknya beramai-ramai. Kami keluar pun ikut keadaan, apabila masing-masing ada kelapangan waktu.

“Pada Ikin kalau ditanya soal jodoh dengan Mawi kuat, Ikin redha dan menerimanya dengan hati terbuka. Soal jodoh siapa sampai dulu antara Ikin dan Aenn itu terpulanglah. Ikin sudah bersedia berumahtangga. Tapi jodoh, maut dan ajal semua di tangan Tuhan. Ikin berserah kepada takdir dan berdoa yang sehabis baik,’’ kata Ikin yang semakin manis sejak tampil dengan imej berjilbab pada Aidiladha tahun lalu.



P/s: sesuai ke?

Perihal si hensem

Ni kisah yang memang sangat gempar bagi peminat2 Anuar Zain (termasuk aku lerr tu) dan juga bagi yang baru nak minat si mamat ni. Maybe citer ni dah tersebar satu Malaya, tapi aku jerr yang baru tau di satu majalah hiburan yang sangat popular kat Malaysia ni..Kisah si Anuar yang akan memberi kejutan pada peminat2 dia pada malam setiausaha yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka...cerita pasal dia sanggup berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan cara menerima peminat2 nya cium pipinya dan duduk di ribanya ketika dia membuat persembahan.

"Apa salahnya saya nak buat peminat2 saya gembira dengan persembahan saya dan sebagai tanda penghargaan mereka yang sentiasa menyokong saya," kata Anuar dalam temubual untuk sebuah majalah popular tu.

Kenyataan anuar ni boleh menimbulkan banyak rasa tak puas hati di kalangan peminat2 yang mungkin merasakan Anuar tidak fikir soal agama lagi. Sudah hilang rasa malu hingga boleh membuat kenyataan begitu. bagi peminat2 perempuan yang memang dah lama menantikan saat ini, mestilah tak sabar2 menghitung hari nak duduk di riba si hensem dengan lagu romantik dia tu tapi sebagai orang Melayu, boleh ke kita terima tindakan yang bakal dia lakukan tak lama lagi? Ntahlah, bagi aku walaupun aku minat gilerr kat dia ni tapi tak sangguplah aku nak duduk di atas riba dia dan cium pipi dia....Malu!!!...Si anuar ni macam dah desperate....Ntahlah, hanya Tuhan jer tahu apa niat dia. apapun lagu dia memang best dan memang untunglah secretary2 yang pi tengok persembahan dia tu nanti..

Seeeddiihhhh!!!!

Huhuhu...minggu ini minggu yang menyesakkan jiwa, menyerabutkan kepala dan macam2 yang tak best berlaku pada aku. aku peliklah dengan manusia2 disekeliling yang sangat sibuk dan suka jaga tepi kain orang. kalau dah tak suka, just leave it...don't bother...tp sibuk lak nak sound2 ibu tercinta ku. setiap orang kan ada pendapat masing2 apa salahnyerr terima pendapat tu dan kalau ada pendapat yang lebih bernas, cuba luahkan dengan cara yang baik dan terhormat...bukan macam anjing menyalak.

Lupakanlah psl hal menyalak tu ek....tak lama lagi final exam. Uikk!!! Cepatnyerr...macam tak bersedia jerr..Buat masa ni subjek yang masih tak faham2 lg sampai sekarang ialah subjek Hidraulik dan Mekanik Bahan. Padahal kat poli dulu dah study dah benda ni tapi dah tak ingat. Hmm...kena strungglelah lepas ni..

Ada seorang teman pernah bercerita pada aku pasal study ni...Katanya, tak payah lah study teruk sangat sebab pointer tinggi menggunung pun bukan leh buat apa pun. Hairannya???


"Kalau aku tak study hard macam ni, macam mana nak dapat pointer bagus?" tanyaku yang benar2 mengharap supaya ada solution lain.
"Kan ada kata pepatah biar study smart jgn study hard." Isk, memang lah ada kata pepatah macam tu, tapi aku masih tak puas hati...nak tahu gak.
"Kau tau macam mana aku skor? aku akan pastikan carry marks aku tinggi jerr supaya leh skor final nanti."
"Aku pun skor gak tapi always dapat carry mark rendah,"jawab aku dalam ayat2 bercampur omputih. saja je sebab aku tau kawan aku ni memang bodoh english walaupun dah bertahun-tahun study kat universiti yg bukunya semuanya english.
"Aku bawa 'toyol' lah...Ko ingat aku leh dapat carry mark tinggi kalau x bawa 'toyol'.? Mana boleh...Orang lain suma bawa, aku pun tak nak ketinggalan.."jawabnya dengan sangat selamba.

Hmm...tak dapat lah aku nak komen apa2 kalau kawan aku dah fikir macam tu. pada pendapat aku 'toyol2' memang sangat membantu tapi kita kena ah ingat bila menipu pasti dapat balasannya. tak kisah lah kat dunia ke akhirat. bukan nak selitkan sentimen agama, tapi fikir2 kanlah yang satu hari nanti kita akan mula cari kerja. bila semuanya asyik 'toyol' je bantu, bila interview tanya pasal beam ke, column ke masih nak pakai 'toyol' lagi ke? Lu fikirlah sendiri..(ayat si Nabil)