Saturday, August 30, 2008

Math oi Math!!





Soalan math tadi punyerlah senang sangat tapi yang membuatkan ia susah bila otak aku ni jadi kelam-kabut pastu tak ingat step untuk method. Method math 4 punyerrlah banyak...aduh,melepas nak dapat A, ader can dapat C ni....

Friday, August 29, 2008

~layan si pose mkn~
Ramadhan bakal menjelma....dgn beberapa perkara yang masih tak settle boleh ke aku hadapi Ramadhan ini dgn sabar dan ikhlas...Insyallah...

Thursday, August 28, 2008

Pemimpin Zaman Sekarang



Apakah persamaan yang paling ketara antara dua pemimpin berjiwa rakyat ini?
Jawapan : PENIPU BESAR

This time they in jungle






~party animal~



Amik ko diana!! 1 hari aku post kat blog aku banyak tau... Pukul 1.30 ptg tadi aku punyalah bersiap dengan sepantas kilat nak pergi makmal bahan. Sebelum tu, aku ada wat revision skit pasal test makmal bahan sebab En. Khairy kata nak buat interview. Sampai je kat sana, belum pun seat tu panas aku duduk, En. Khairy cakap tak nak buat interview lah, nak buat minggu depan. Bukan nak marah tapi macam geram lak sebab hari ni rupanya memang takder lab. huhuhuhu...wat penat aku jerr...


~kwn2 ku yang sengal~

Rambut Baru


~Rambut Baru...ok tak???~

Wanna Be (Spiceguys)

Haa...I'm back!!! Dah lama tak mengadap lappy ku dengan menaip lah butir2 ayat yang kadang2 aku tak faham. Seorang teman pernah gak tegur aku, bila lah blog aku ni nak ber'update'?Hmm...aku bukanlah si pujangga macam Nashrex tu. Ada jer idea nak post something...Sometimes words can't describe how I feel. So, untuk tak hampakan kawan aku yang sorang tu, aku buat2 lah something untuk blog ni..

First of all,video yang korang tengok kat bawah ni ialah group baru dari Filipina, Spiceguys. Mereka ni lemah-lembut dan low-profile nyerr group. Tu pasallah tak pernah dengar diaorang nyanyi...So, enjoy!!!


~spiceguys~

Thursday, June 19, 2008

One Piece opening song



p/s:opening song 'Believe'..just luv it!!!

Enma Ai-Hell Girl

Hell Girl-season 2

opening MV

For Hell Girl Fans Only!!!



p/s:opening anime Hell Girl

Tuesday, June 17, 2008

Ezora 17 Jun


(PART 1)

(PART 2)

(PART 3)

(PART 4)

hmmm....ni lah episod yg aku paling suka tgk sbb adreen nk jaga ezora...

Brown Tone...Terkeluar

Minggu lepas konsert Gangstarz berlangsung di MPSA dengan 10 group dari Malaysia,Singapura,Thailand,Filipina dan Indonesia. Dan seperti yang dijangka group dari Singapura iaitu Brown Tone dah pun terkeluar. Diaorang ni kreatif tapi maybe kreatif diaorang tu tak dapat nak pancing undi Malaysia...


(gambar dari Blog GS)

p/s: Kecian....

Friday, June 13, 2008

Kata2 Terakhir...

Dulu....
Kau pernah berjanji takkan mungkiri...
Takkan berdusta...
Takkan membenci...
Kerana sayang dan cinta lebih segalanya...

Kini...
Kata-kata terakhirmu kejam...
Menyalahkan ku kerana tak cuba memahami...
Menyalahkan ku kerana tak menyakini...
Aku sedar siapa diri ini...
Biar aku undur diri...

Kata-kata terakhir mu kejam....


p/s: sorryyyy....jiwang sket....

Thursday, June 5, 2008

Diam Itu Lebih Baik...

Seorang teman rapat ku di universiti pasti sekarang menghadapi tekanan maha hebat dari sekelilingnya...Hmm, aku benar2 berharap dia dapat menempuh segalanya dengan TABAH kerana ini jalan yang dipilihnya. Mungkin benar apa yang dirasai oleh rakan2 lain yang begitu taksub dan seronok bercerita tentang keburukannya tetapi itu semua bukan dari mulut si mangsa yang mendakwa dirinya difitnah. Aku sebagai TEMAN RAPAT yang aku gelar S ni pun rasa tak perlu nak masuk campur kerana apa yang berlaku di luar pengetahuan aku. Kita berasa seronok bila mendengar keburukan S tanpa sedikit pun mengetahui keadaan sebenar tapi biasalah bila marah semua akan berlaku...

Aku bukan hipokrit dan apa yang terpapar di sini ialah luahan rasa aku setelah mengetahui apa yg berlaku. Mungkin S akan berasa marah kerana aku tidak pernah cuba menyokongnya tetapi aku yakin si S bukanlah seburuk yang disangka kerana ramai yang tidak mahu ambil tahu kebaikannya. Dia faham. Aku tidak ingin masuk campur akan perkara yang aku tau dari sebelah pihak saja kerana aku pasti bila cuba mendengar cerita sebelah pihak yang 1 lagi semestinya aku syak yang S jahat...kejam.... Cerita mereka ini aku ambil secara positif. Untuk S mungkin ini balasan apa yang telah dia lakukan tapi kita tak dapat nak halang jika perkara JATUH CINTA ini berlaku dalam diri sendiri. Jika kita letakkan diri sebagai S tanpa ada rasa dendam,benci dan marah...kita juga akan lakukan apa yang dia lakukan. Cerita S main kayu tiga sebenarnya tak sehebat cerita orang lain yang rampas suami orang, cerita tentang orang yang tikam belakang, cerita tentang orang yang terima kebaikan tapi balas kejahatan.

Mungkin ramai tak setuju dengan apa yang aku cuba luahkan di sini kerana tidak tahu kebenaran sesuatu cerita. Pada awalnya nampak semua ini berpunca dari kesilapan S tapi bila diselidik 'orang-orang' yang marah ini mengeluarkan ayat yang berbaur cemburu. Aku tak salahkan mereka yang berasa diri teraniaya dan cuba untuk 'backing' member tapi berpada-pada lah...kerana kita hanya 'ORANG LUAR' yang tidak ada kena mengena dalam hal mereka. Sebagai teman sepatutnya kita cuba menasihat bukan mengutuk....Jangan kerana 'hanya dengar dari sebelah pihak' kita cepat menghukum. Sedang kan kita tak tahu mereka ada agenda tertentu...

Jika 'mereka2' yang dimaksudkan ada terbaca nukilan rasa ini,aku mohon buang rasa marah dan benci sebelum cuba membacanya dan fahamilah apa yang ingin aku sampaikan. Bukan niat nak keruhkan suasana tapi aku ingin sekali lihat antara kita semua ada kedamaian. Tak perlulah kita jaja keburukan orang dan fahamilah ini bukan MASALAH kita...MASALAH mereka...Kita sebagai teman,cuba lah jadi pendengar setia bukan pengutuk setia...Aku tak lah sebagus mana tapi aku cuba nak elakkan pergaduhan. Mana2 yang dengar berita buruk tentang aku tu,kalau ingin kepastian dan penjelasan,sila lah tanya pada aku terus...bukan tahu bermasam muka. Aku yakin pasti ramai yang tak puas hati atas kerana sesuatu perkara. Tapi percayalah...aku berusaha untuk pulihkan keadaan....

I'm not that perfect when it comes to advice someone...but I wanna to become better. Mungkin 'kamu2' tak percaya, tapi aku minta jika mahukan penjelasan sekiranya aku ada menyakitkan hati cubalah berdepan...Aku akan cuba menerangkan...

Untuk S...bersabarlah dan berdoa lah moga ALLAH beri petunjuk dan bukakan hati semua agar memaafkan kesilapan yang pernah S lakukan kerana kita bukan sempurna. Biarlah apa mereka kata,asalkan S tabah itu dah cukup...Bak kata S dulu pada aku, "DIAM ITU LEBIH BAIK"

Friday, May 23, 2008

Gangstarz 2

Assalamualaikum…

Hmm…lama dah tak post apa-apa cerita menarik kat blog aku ni. Sekarang ni kan tengah sibuk cuti lepas bergelut dengan final exam hari tu. Bila dah boring, mula lah tercari-cari bahan nak post kat sini. Sekarang ni tengah meletup rancangan Gangstarz 2 kat TV3 tu (tak minat program AF)…. Nak puji lebih pun tak nak sangat sebab rancangan ni baru jer masuk konsert ke-dua minggu lepas…Meh, aku citer serba sikit lah yang aku tau pasal Gangstarz 2….

MALAYSIA

One Nation Emcees~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Hmmm…sengaja aku letak group ni first sekali untuk di’introducekan’..Hehehehe apa lagi yang aku leh cakap pasal kumpulan ni? Semuanya best-best belaka. Aku suka sangat tengok cara penampilan dan suara seksi si Mimi Fly tu…Walaupun kumpulan ni banyak sangat kontroversi sebelum konsert bermula akibat penyingkiran salah seorang ahli kumpulan mereka namun mereka tetap maintain hip hop hehehehe….Konsert minggu lepas memang best giler sebab diaorang ni berani bawa lagu dangdut diremixkan jadi hip hop….

south_trio.jpg

south_trio.jpg

~South Trio~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Ni lak group ke dua dari Malaysia yang aku minat sangat. Diaorang ni masih budak sekolah lagi….Tapi tengok jerr macam tak boleh nyanyi kan sebenarnya suara diaorang ni lebih sedap daripada The Lima, pada pendapat aku lah…Cuma diaorang ni masih malu-malu dan macam takut jer nak menari dan menyanyi.

akasia.jpg~Akasia~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Group makcik-makcik dari Malaysia hahahaha….aku setuju komen Ajai sebagai juri minggu lepas yang mereka memang leh menyanyi tapi takder personality…Bila time group ni nyanyi jerr aku mesti rasa cam ngantuk dan tak tertarik langsung dengan persembahan diaorang.

INDONESIA

~Draz~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Ni lak group dari Indonesia yang copycat The Lima hehehe…bagi peminat diaorang jangan marah yer. Cukup lah The Lima jer yang suka nyanyi cam style diaorang sekarang, perlu ke nak tambah satu lagi yang macam diaorang? Entah kenapa aku cam rasa tak tertarik langsung dengan style dan nyanyian diaorang walaupun lontaran suara dan harmoni suara diaorang ni kedengaran syok di telinga aku….Tapi…hmmmm tak tertariklah…

dreborn.jpg~D-reborn~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Group ni pun best jugak. Aku akui group ni tak sehebat Draz tapi aku suka tengok penampilan dan nyanyian diaorang. Korang lak?

three_voices.jpg~Three Voices~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Comel kan diaorang ni?Cewek2 ganteng dari Indonesia ni mempunyai suara yang manja dan nyaring…Tapi aku syok gak tengok performance diaorang walaupun juri cakap biasa jer…Suka lah kat you all!!!

THAILAND

~PZG~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Aduh…aduh…!!!! Memang hensem semua ahli group ni tapi sayangnya suaranya sangat tak best. Dengar khabar mereka ni bergerak solo sebelum ini dan baru menubuhkan group ni sebulan sebelum audition Gangstarz 2 di Thailand. Hmm…kalaulah suara mereka ni sesedap wajah mereka yang manis ni pasti diaorang boleh pergi jauh kan?

~Step~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Kalau lah pertandingan Gangstarz ni ada juga hadiah untuk persembahan tarian terbaik memang leh bagi kat group ni. Macam PZG gak mereka ni tak mempunyai kekuatan vocal yang menyerlah…just so so jer. Tapi bila dah buka step, memang aktif giler di atas pentas. Aku kagum dengan ketabahan diaorang yang sanggup masuk kelas vocal dan belajar bahasa ibunda kita demi pertandingan ni..so keep up the good works!!!

FILIPINA

~Paragon Child~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Group ni minggu lepas memang member persembahan yang mengejutkan. They sangs a malay song!!! Dahlah takder slang langsung…sebutan lak jelas, vocal tak payah cakap lah memang best…. Minggu lepas diaorang nyanyi lagu Sayang sayang nyanyian Aliff Aziz dari Singapura.

~3.5~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Minggu lepas minah-minah ni nyanyi lagu Killing Me Softly..sebuah lagu lama dendangan siapa aku tak pasti. Tak payah cakaplah vocal group ni…Memang aku minat lah diaorang punya vocal dan persembahan.

SINGAPURA

~Brown Tone~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Hmm…aku tak pasti lah apa yang juri nak dari group ni. Aku rasa diaorang ni group paling unik dan versatile. Kalau nak dibandingkan vocal memanglah jauh sekali tapi setiap kali diaorang buat persembahan, diaorang selalu buat kelainan membuatkan aku suka tengok group ni..

~Faith~

(Gambar diambil dari laman web rasmi Gangstarz 2)

Hmm….nak komen apa ek pasal group ni? Boleh lah….

Wednesday, May 7, 2008

Diari Kahwin

~Perkahwinan Fazley~


Bermula cuti penghabisan semester pada 3 Mei lepas, jadual aku mula padat dengan jemputan kahwin yang tak sudah-sudah...Maklumlah, cuti sekolah pun nak lama lagi nak mula...Banyak gamba-gambar kenangan ketika bertemu semula dengan bekas pelajar Politeknik (budak2 kelas aku dulu)...Buat masa sekarang aku tak dapat nak upload gambar-gambar memandangkan lappy ku masuk bengkel untuk servis format hehehe...









Bercakap pasal kahwin ni...bila umur aku dah masuk 24 tahun pada April yang lalu timbul satu perasaan baru iaitu ingin dicintai. Sebelum ini, banyak episod-episod cinta telah aku lalui namun satu pun tak menampakkan tanda-tanda kebahagiaan. Sehingga kerana terlalu sakit hati aku melancarkan moto, "MEN ARE SUCKS!!!!"..Tak semua lelaki itu 'suck' cuma aku belum lagi temui lelaki yang benar-benar menepati citarasa aku. Kebanyakan lelaki gemar menjadikan alasan mah belum sedia beri komitmen sepenuhnya hingga buat aku naik menyampah. Aku bukanlah jenis perempuan yang mudah jatuh cinta atau pasang kayu tiga. Tapi bila keserasian itu ada aku akan pastikan dia lah raj dalam hatiku. Namun itu semua tidak cukup kerana bagi lelaki masih ada yang ingin dia kecapi sebelum buat keputusan untuk berumahtangga.
Membuat keputusan untuk tidak mencari lagi cinta yang aku dambakan memang payah. Berkali-kali aku nyatakan pada ibu bahawa hati aku tak mungkin jatuh cinta lagi. Tapi aku tidak dapat halang kuasa Allah andai ditakdirkan aku bertemu jodoh. Itu semua kerja Tuhan dan aku pasti tidak dapat menolak. cuma di saat ini pintu hati aku benar-benar tertutup untuk lelaki. apa yang aku harapkan selepas ini ialah aku punya kerja yang baik dan tetap supaya dapat tanggung keluarga kelak.....Insyallah....





Sunday, April 20, 2008

Perlu Kerr Mcm Ni?

Ibu pernah pesan pada aku supaya sentiasa merendah diri agar orang lain menghormati…

Hmm,ini sebuah kisah tentang seorang teman yang baru-baru ini telah melangsungkan pertunangannya dengan jejaka idaman yang bukan calang-calang orangnya; seorang pegawai askar. Kawan aku ni bukanlah dalam senarai ‘Kawan-kawan Terbaik’ dalam diari sahabat aku tetapi memandangkan ayahnya yang masih berkhidmat di dalam askar ialah teman ayahku maka aku pun pergilah ke majlis pertunangan tersebut. Ayah dan ibunya sangat peramah dan sentiasa merendah diri tetapi lain benar dengan perangai kawan aku yang sorang ni. Suka sangat bangga akan diri sendiri….

Selepas jer majlis pertunangan selesai, aku dipanggil oleh kawan ku ini untuk berbual dengannya di dalam bilik setelah agak lama juga tidak berjumpa.

“You kerja apa sekarang ni, Nis?”

“Tak kerja. Sambung belajar….”jawabku malas sambil membelek-belek album gambar dia dan tunangnya.

“You jgn fikir study jerr…fikir lah masa depan sikit. You study banyak mana pun nanti terperap gak kat dapur. I ni nasib baik lah si Anu pinang I, kerja dia pun stabil dan I tak payah susah-susah nak belajar ke, apa ke…duduk rumah jerr…”

“Oklah tu. Dah sampai masanya you kawin. Allah dah tetapkan jodoh you lebih awal. I lak maybe ini rezeki I,belajar dulu..”nak tergeliat lidah aku ber’I’ dan ber’you’ tapi kawanku ni memang begini…layan jelah.

“You yang tak pandai nak melawa, pakai cantik-cantik…Jodoh tak datang kalau kita tak usaha. Eh, you ada dengar pasal ayah I tak?”

“Pasal apa?”soalku kembali.

“Ala, pasal ayah I nak dapat anugerah A.M.N nanti. Orang cakap kalau dapat A.M.N kena panggil Datuk. Tulah, ayah you pencen awal mesti dapat pegang Leftenan Kolonel sekarang ni. Takpun mesti dapat A.M.N sekarang ni”

Seterusnya dia banyak melontarkan kata-kata yang berupa hinaan kepadaku dan aku tak banyak persoalkan apa yang diperkatakan olehnya sebab padaku ia tak penting dan selagi ia bukan menghina dan mencaci dengan lebih teruk aku tak kisah. Dari kisah ayah aku hinggalah kisah aku yang tak pandai melawa dan nak paksa-paksa aku kuruskan badan.

Allah tu Maha Berkuasa….nak dijadikan cerita semalam dia dan family dia datang ke rumah untuk makan-makan. Seperti tetamu yang lainnya, aku layan penuh dengan rasa hormat sebab percaya tetamu itu membawa seribu kebaikan walaupun dulu dia pernah kutuk-kutuk aku. Entah macam mana, dalam dok seronok borak-borak ayah dia minta nak tengok pingat A.M.N yang ayah aku terima dulu. Aku dapat rasakan mukanya berkerut-kerut penuh dengan tanda tanya yang menunggu nak dimuntahkan. Mungkin dia tak berpuas hati maka dengan selamba dia bertanya, “Bila masa uncle dapat pingat A.M.N ni?”

“3 tahun lepas.”

Moral of the story: Jgn lah menilai seseorang dari luaran. Mungkin aku dan family tidak segaya orang lain, tak pakai baju yang mewah-mewah dan tak pakai Mercedes-Benz tapi kami cuba hidup bahagia seadanya……

Wednesday, April 16, 2008

Transexual


Mesti ada di antara korng tertanya-tanya apa itu transexual. Dalam bahasa melayu nya pertukaran jantina. Seorang hamba ALLAH yang aku kenalkan sebagai Ms S (bkn nama sebenar) merupakan sahabat aku yg agak rapat gak ketika aku menuntut di politeknik dulu. Dia mengalami krisis identiti dan aku tak pasti bila ia wujud dalam diri nya. aku menerima dia seadanya kerana berpendapat dia seorang kawan yang sgt jujur walaupun dia suka org2 sekeliling menggelarnya 'perempuan'....

Baru-baru ni, aku contact Ms S sebab dah lama tak dengar citer pasal dia. Untuk pengetahuan korang, dia ni memang sangat sempurna jadi perempuan. kulitnya yang lembut mcm kulit baby baru lahir, orangnya tinggi dan ramping, kulit putih melepak, sgt manis orgnya (malas nak puji dpn Ms S nanti dia perasan). ketika menghubungi dia, dia masih seperti dulu peramah dan kelakar lagi.

"Mak sekarang sihat....tapi tension dan geram sebab gambar aku 'drag' dah terlepas kat sape-sape ntah,"luahnya yang kadang-kadang ber'aku' dengan aku, kadang-kadang ber'mak'.
"Nape leh macam tu?Tak takut ke kena panggil dengan pihak uni kalau diaorang tahu?"soal aku yang concern dalam nada tenang tapi dalam hati tertanya-tanya nape jadi macam ni?
"Ntahlah,aku pun tak tau. Sekarang ni aku dah drag tapi bukan kat kelas kalau kat luar lah. Ituhari keluar dengan boyfriend aku pakai baju kurung jumpa mak dia. Terkemut-kemut aku nak jawab soalan mak dia sebab takut terkeluar suara jantan."

?????....dah ada boyfriend rupanya...Aku cuba melayan ceritanya dari soal kecantikan sampailah soal boyfriend baru dia. Sayangnya dia terlalu jauh nak ku ajak ke pangkal jalan. Bagi aku, dia berubah macam mana pun dia tetap Ms S yang aku kenal kat poli dulu. perlahan-lahan kata-kata sinis pernah aku tujukan walaupun tak berkesan tapi dia pernah terfikir untuk berubah tapi keadaan sekeliling yang banyak menjadikannya semakin yakin untuk jadi perempuan....

Monday, April 14, 2008

Branded Ke???

Sblm ni aku ader post gambar2 latest Carlo Rino, Bonia, Gucci punya barang...and si ~me~ wat komen sume tu aku nak pakai untuk sem depan...uikkk...macam mana tau ni?Ala,geram tau dok fikir orang lain punya 'kata2' pasal kita. Kalau mampu dan tak membazir, apa salahnya?Kadang2 tu tak semua barang2 branded ni kita mampu beli kan?Ah,pedulilah apa org nak kata asalkan kita tak merompak....sudah...

Dah lama rasanya tak rasa duduk kat kerusi hostel ni.....yelah,cuti study week yang tak berapa nak study sgt. Dan inilah hostel yg berani halau aku kuar hahahaha......Memang bengang dengan statement asrama nak dipenuhkan dgn pelajar baru jerrr....Tak fikir ke tentang perasaan senior yang tak mahu nak blah ni????Lebih-lebih lagi perempuan macam kita ni yang memang utamakan keselamatan....Kalau dok luar tu faham-fahamlah.....

Harap semester ini aku dapat buat yang lebih baik lagi.....

Thursday, April 3, 2008

Carlo Rino 2008

Big Bags: Models with Carlo Rino’s signature monogram prints.

Gucci 2007





Bonia Diana

Wednesday, April 2, 2008

Rumah Siti

Siti Bertudung

Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi

Anugerah Bintang Paling Popular milik Mawi

Oleh Akmal Abdullah


JADI PILIHAN: Mawi ceria bersama trofi Bintang Paling Popular dan Penyanyi Lelaki Popular yang dimenanginya pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2007

GENTING HIGHLANDS: Penyanyi popular, Asmawi Ani atau Mawi mencipta hatrik apabila sekali lagi dinobatkan oleh pembaca akhbar ini sebagai Bintang Paling Popular pada majlis kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007, yang berlangsung di sini, malam tadi.

Mawi, 26, yang meraih 119,268 undi, memenangi gelaran itu untuk tahun ketiga berturut-turut selepas mengetepikan saingan kelompok empat artis yang mendapat undi tertinggi iaitu Faizal Tahir, Datuk Siti Nurhaliza, Saiful Apek dan Aznil Nawawi.

Bagaimanapun, jumlah undi yang diperoleh Mawi kali ini merosot berbanding 261,555 undi yang diraihnya musim lalu bagi anugerah tertinggi itu.


Berikutan kemenangan itu, Mawi membawa pulang kereta Peugeot 407 (2.0) berharga RM185,000 tajaan Nasim Sdn Bhd serta set barang kemas eksklusif tajaan Habib Jewels Sdn Bhd bernilai RM150,000, selain trofi.

Mawi turut dipilih memenangi kategori Penyanyi Lelaki Popular, juga kali ketiga berturut-turut selepas mengetepikan Faizal, Anuar Zain, Hazami dan Adam.

Trofi Bintang Paling Popular 2007 disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun, pada majlis kemuncak ABPBH 2007 yang berlangsung di Arena of Stars, di sini.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Datuk Syed Faisal Albar dan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail.

Majlis gilang-gemilang itu turut disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan stesen radio Hot FM. Lebih 5,000 penonton hadir mengikuti acara berkenaan yang berlangsung semalam lebih dua setengah jam.

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat diberikan kepada seniman M Nasir sebagai mengiktiraf sumbangan besarnya dalam bidang muzik dan perfileman sepanjang pembabitannya sebagai anak seni selama lebih tiga dekad.

Sementara itu, juruhebah radio Hot FM yang juga pengacara rancangan Melodi TV3, Fara Fauzana mencipta kejutan apabila meraih dua kemenangan sekali gus iaitu masing-masing bagi kategori Pengacara TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.

Siti Nurhaliza berjaya mempertahankan trofi Penyanyi Wanita Popular buat kali ke-11 berturut-turut apabila menang gelaran itu selepas mengetepikan Jaclyn Victor, Mila, Misha Omar dan Adibah Noor.

Beliau mempertahankan gelarannya sejak ABPBH 1997.

Fasha Sandha dan Rusdi Ramli membuat kejutan apabila masing-masing terpilih sebagai pemenang Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Fasha mengetepikan saingan terdekatnya, Maya Karin selain Erra Fazira, Vanidah Imran dan Sharifah Amani.

Rusdi yang menang buat kali pertama kategori itu mengetepikan pemenang tahun lalu, Saiful Apek, selain Rosyam Nor, Afdlin Shauki dan Pierre Andre.

Bagaimanapun, Fasha gagal mempertahankan gelaran Pelakon TV Wanita Popular apabila trofi kategori itu dimenangi muka baru, Dynaz yang truut mengetepikan Rita Rudaini, Rozita Che Wan dan Eja.

Saiful Apek mempertahankan kejayaan dalam kategori Artis Komedi Lelaki Popular, manakala kategori Artis Komedi Wanita Popular terus dipertahankan Sheila Rusly.

Rosyam Nor berjaya mengekalkan kemenangannya dalam kategori Pelakon TV Lelaki Popular apabila dengan mudah menyingkirkan empat saingannya di peringkat akhir iaitu Fahrin Ahmad, Aaron Aziz, Datuk Jalaludin Hassan dan Arash Mohamad.

Kumpulan Rabbani turut mengekalkan reputasinya apabila meraih kemenangan dalam kategori Penyanyi Nasyid Popular buat tahun keenam berturut-turut, manakala bagi kategori Artis Baru Lelaki Popular dan Artis Baru Wanita Popular masing-masing dimenangi bintang Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Dafi dan Mila.

Faizal Ismail merampas trofi Penyampai Radio Lelaki Popular yang sebelum ini didominasi Halim Othman. Nama Halim tidak tersenarai dalam pertandingan kali ini.

Kumpulan Sofaz menang kategori Artis Berkumpulan/Duo Popular, manakala Aznil mempertahankan buat kali keempat kategori Pengacara TV Lelaki Popular.

ABPBH 2007 ialah edisi ke-21 penganjurannya oleh Berita Harian, iaitu acara yang menggabungkan penganugerahan berdasarkan undian peminat untuk artis dan selebriti yang terbabit dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran. Lebih 400,000 borang diterima penganjur dalam kempen undian musim ini.

(sumbangan artikel dari berita harian)

'Memang dia pujaan hati'

'Memang dia pujaan hati'

Oleh Nurulhisham Abdul Latiff dan Zaidi Mohamad


TIADA RAHSIA: Reaksi Ikin dan Mawi sewaktu soal jawab dengan wartawan.

Pengakuan Mawi melegakan Ekin sekali gus mengesahkan status hubungan mereka

KETIKA hendak berucap selepas menerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH2007), Mawi dengan nada bersahaja meminta Fauziah Datuk Ahmad Daud mewakilkan dirinya mengucapkan terima kasih kepada Ikin, kerana menjadi antara orang penting di belakang kerjayanya sebagai penyanyi.

“Saya serahkan kepada akak (Ogy) mewakili saja...” kata Mawi menjawab usikan Ogy dan Raja Azura kenapa nama Ikin tidak ada dalam senarai untuk disebut ketika diumumkan sebagai Bintang Paling Popular.


Memang Mawi kelihatan malu-malu untuk menyebut nama Ikin secara terbuka dalam sebuah majlis yang disiarkan secara langsung oleh TV3 ini. Realitinya, dalam majlis minum petang di Genting Highlands juga, beberapa jam sebelum acara kemuncak ABPBH 2007 berlangsung, penyanyi itu mengaku Ekin ialah wanita istimewa yang bertakhta di sanubarinya.

Kata Mawi, dia menyukai Ikin kerana perangainya yang ‘gila-gila’, sikapnya yang matang serta keserasian mereka sebagai teman.

Pengakuan itu akhirnya memuktamadkan hubungan antara Mawi dengan Ikin. Ikin yang hadir sama di majlis ini, berkata, dia tidak pernah menafikan atau mengesahkan kepada mana-mana wartawan setiap kali ditanya mengenai corak hubungan mereka.



“Saya ini perempuan. Takkan saya pula yang ke sana sini menjual cerita. Lebih baik saja saya mengikut arus semasa dan saya percaya, adalah lebih baik jika pengumuman itu datang dengan sendirinya. Kami pula memang berkawan rapat, tetapi tidak pula menyatakan perasaan sebenar masing-masing. Namun, dalam hati, kita dapat merasainya juga,” katanya.

Bagaimanapun, Ikin menghela nafas lega apabila Mawi membuat keputusan menamatkan tanda tanya mengenai siapakah kekasihnya ketika majlis minum petang itu. Ikin menyambutnya dengan hati yang tenang dan terbuka.

Namun begitu masih ada gosip mengatakan yang Ikin sudah menempah baju kahwin dengan pereka fesyen terkenal. Biar betul? Menafikan gosip itu, Ikin memberitahu yang semuanya dilakukan atas dasar kerja dan profesionalisme.

“Alhamdulillah, Ikin lega dengan pengakuan Mawi. Selepas ini orang lain tidak lagi akan tertanya-tanya tentang perihal hubungan kami. Tak tahulah lepas ini kami akan terus difitnah atau tidak. Terperanjat juga Ikin apabila Mawi membuat pengakuan yang Ikin istimewa di hatinya. Masa itu, Ikin buat relaks saja, padahal dalam hati ini hanya tuhan saja yang tahu gejolak perasaan Ikin.

“Ikin pun tidak tahu, kenapa tiba-tiba Mawi tergerak hati untuk berbuat sedemikian. Mungkin juga sebelum ini Mawi belum bersedia untuk merungkaikan segalanya. Mungkin juga Mawi berasakan inilah detiknya untuk dia berterus-terang sekaligus menamatkan spekulasi yang melanda. Mungkin juga Mawi penat untuk berdepan dengan gosip cintanya.

“Mengenai kisah tempah baju kahwin daripada pereka fesyen terkenal, itu semua tidak betul. Sebenarnya, Ikin akan terbabit dengan pertunjukan menggayakan pakaian rekaan pereka itu pada pada 18 April ini, yang turut membabitkan deretan nama selebriti. Ikin salah seorang daripada mereka. Mungkin bila orang nampak Ikin pergi ‘fitting’ baju kahwin untuk pertunjukan itu disangkanya menempah baju kahwin,’’ ungkap Ikin yang berbangga dengan kejayaan Mawi sebagai Bintang Paling Popular 2007 buat kali ketiga.

Mendasari hati Ikin, dia memang begitu gembira melayari kehidupannya bersama Mawi atas sebuah paksi cinta. Apakah ini akan menyaksikan terbinanya ikatan murni melalui perkahwinan tidak lama lagi di antara mereka? Tegas Ikin lagi, siapalah yang tak nak kahwin di usia Ikin yang akan mencecah 29 tahun menjelang 5 November ini.

“Siapa yang tak nak kahwin? Semestinya Ikin nak kahwin, cuma buat masa sekarang Ikin tak berani untuk bercakap lebih bimbang dikata cuba meraih publisiti murahan. Kita hanya merancang. Insya-Allah bila benda dah jadi dan pasti, Ikin akan ringan mulut memberitahu rencana selanjutnya.

“Ikin hanya ikut rentak dalam sesebuah perhubungan. Ada jodoh dengan Mawi, Ikin pasti hebahkan. Ikin sedar kalau buat benda baik pun, orang mengata, begitulah sebaliknya. Ikin redha. Setakat ini memang Ikin boleh cakap memang tak ada mana-mana rombongan yang akan datang merisik,’’ kata Ikin yang mengakui cincin sedondon tersarung di jari manis Mawi, ialah pemberiannya sebagai tanda ‘’persahabatan’’. Ikin juga memiliki cincin yang sedondon dengan Mawi.

Tidak menafikan yang hubungannya dengan Mawi semakin mekar bahagia, Ikin rela menerima suratan takdir andai suatu hari nanti jodoh menyatukannya dengan Mawi. Mengenali adik-beradik kembar ini, hanya maut dan perkahwinan yang mungkin dapat memisahkan keakraban dan hubungan mereka. Sambil mengusik, Ikin tak nak melangkah bendul kakak kembarnya, Aenn. Begitulah sebaliknya.

“Ikin mahupun Mawi tiada masalah dalam hubungan cinta. Pernah Ikin ditanya, bila Ikin dan Mawi berjumpa? Kami keluar bukan berdua sebaliknya beramai-ramai. Kami keluar pun ikut keadaan, apabila masing-masing ada kelapangan waktu.

“Pada Ikin kalau ditanya soal jodoh dengan Mawi kuat, Ikin redha dan menerimanya dengan hati terbuka. Soal jodoh siapa sampai dulu antara Ikin dan Aenn itu terpulanglah. Ikin sudah bersedia berumahtangga. Tapi jodoh, maut dan ajal semua di tangan Tuhan. Ikin berserah kepada takdir dan berdoa yang sehabis baik,’’ kata Ikin yang semakin manis sejak tampil dengan imej berjilbab pada Aidiladha tahun lalu.



P/s: sesuai ke?

Perihal si hensem

Ni kisah yang memang sangat gempar bagi peminat2 Anuar Zain (termasuk aku lerr tu) dan juga bagi yang baru nak minat si mamat ni. Maybe citer ni dah tersebar satu Malaya, tapi aku jerr yang baru tau di satu majalah hiburan yang sangat popular kat Malaysia ni..Kisah si Anuar yang akan memberi kejutan pada peminat2 dia pada malam setiausaha yang akan berlangsung di sebuah hotel terkemuka...cerita pasal dia sanggup berkongsi kegembiraan bersama peminat dengan cara menerima peminat2 nya cium pipinya dan duduk di ribanya ketika dia membuat persembahan.

"Apa salahnya saya nak buat peminat2 saya gembira dengan persembahan saya dan sebagai tanda penghargaan mereka yang sentiasa menyokong saya," kata Anuar dalam temubual untuk sebuah majalah popular tu.

Kenyataan anuar ni boleh menimbulkan banyak rasa tak puas hati di kalangan peminat2 yang mungkin merasakan Anuar tidak fikir soal agama lagi. Sudah hilang rasa malu hingga boleh membuat kenyataan begitu. bagi peminat2 perempuan yang memang dah lama menantikan saat ini, mestilah tak sabar2 menghitung hari nak duduk di riba si hensem dengan lagu romantik dia tu tapi sebagai orang Melayu, boleh ke kita terima tindakan yang bakal dia lakukan tak lama lagi? Ntahlah, bagi aku walaupun aku minat gilerr kat dia ni tapi tak sangguplah aku nak duduk di atas riba dia dan cium pipi dia....Malu!!!...Si anuar ni macam dah desperate....Ntahlah, hanya Tuhan jer tahu apa niat dia. apapun lagu dia memang best dan memang untunglah secretary2 yang pi tengok persembahan dia tu nanti..

Seeeddiihhhh!!!!

Huhuhu...minggu ini minggu yang menyesakkan jiwa, menyerabutkan kepala dan macam2 yang tak best berlaku pada aku. aku peliklah dengan manusia2 disekeliling yang sangat sibuk dan suka jaga tepi kain orang. kalau dah tak suka, just leave it...don't bother...tp sibuk lak nak sound2 ibu tercinta ku. setiap orang kan ada pendapat masing2 apa salahnyerr terima pendapat tu dan kalau ada pendapat yang lebih bernas, cuba luahkan dengan cara yang baik dan terhormat...bukan macam anjing menyalak.

Lupakanlah psl hal menyalak tu ek....tak lama lagi final exam. Uikk!!! Cepatnyerr...macam tak bersedia jerr..Buat masa ni subjek yang masih tak faham2 lg sampai sekarang ialah subjek Hidraulik dan Mekanik Bahan. Padahal kat poli dulu dah study dah benda ni tapi dah tak ingat. Hmm...kena strungglelah lepas ni..

Ada seorang teman pernah bercerita pada aku pasal study ni...Katanya, tak payah lah study teruk sangat sebab pointer tinggi menggunung pun bukan leh buat apa pun. Hairannya???


"Kalau aku tak study hard macam ni, macam mana nak dapat pointer bagus?" tanyaku yang benar2 mengharap supaya ada solution lain.
"Kan ada kata pepatah biar study smart jgn study hard." Isk, memang lah ada kata pepatah macam tu, tapi aku masih tak puas hati...nak tahu gak.
"Kau tau macam mana aku skor? aku akan pastikan carry marks aku tinggi jerr supaya leh skor final nanti."
"Aku pun skor gak tapi always dapat carry mark rendah,"jawab aku dalam ayat2 bercampur omputih. saja je sebab aku tau kawan aku ni memang bodoh english walaupun dah bertahun-tahun study kat universiti yg bukunya semuanya english.
"Aku bawa 'toyol' lah...Ko ingat aku leh dapat carry mark tinggi kalau x bawa 'toyol'.? Mana boleh...Orang lain suma bawa, aku pun tak nak ketinggalan.."jawabnya dengan sangat selamba.

Hmm...tak dapat lah aku nak komen apa2 kalau kawan aku dah fikir macam tu. pada pendapat aku 'toyol2' memang sangat membantu tapi kita kena ah ingat bila menipu pasti dapat balasannya. tak kisah lah kat dunia ke akhirat. bukan nak selitkan sentimen agama, tapi fikir2 kanlah yang satu hari nanti kita akan mula cari kerja. bila semuanya asyik 'toyol' je bantu, bila interview tanya pasal beam ke, column ke masih nak pakai 'toyol' lagi ke? Lu fikirlah sendiri..(ayat si Nabil)

Thursday, March 20, 2008

Aku???!!!

~aku yg TEMBAM!!!!~
Lepas syok wat blog in English, ni aku try lak blog dalam Bahasa Melayu. Bukan apa, penguasaan Bahasa Melayu aku tu lebih dari English (hehehehe....). Segala luahan, emosi dan pendapat dapat dizahirkan dalam kata-kata yg leboh santai dan penuh idea. Saja gak nak cuba benda baru. Aku baru di sini....terlalu baru dalam memulakan penulisan blog. Pada yang berminat dengan penulisan aku, teruskan membaca dan menghantar karya2 atau komen2 yg mungkin bernas dan membina. Aku ingin meluahkan apa yang tak terluah, tak terucap melalui skrin yang tak dapat membalas luahan aku....(alamak,cam jiwang jerr). Hanya ini saja satu2 cara penyaluran idea, luahan rasa dapat dibuat dengan bebas (dgn bersyarat)....


So, hopefully dgn adanya blog ini aku dapatlah jumpe balik kawan2 lama yang terpisah jauh belajar di merata tempat. Yang mana dah kawin, dah beranak-pinak, kerja best....huhuhuhu (bila lah aku nk abis belajar ni)...Kalau rasa2 tgk gmbar kenal aku...email aku ek noranies_84@yahoo.com . Pada yg mana nak berkenalan pun leh gak tapi biarlah nak kenal tu ikhlas dan jgn niat nak main2 dan send 'benda2' x senonoh kat email aku...
Ok...inilah kisah aku...dan TITIK-TITIK MUTIARA yg bakal aku coretkan dlm ruangan blog ini...